- a) Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh
- kehamilan.
- b) Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus.
- c) Amalkan minum air lebihan suami.
- d) Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.
- e) Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/ memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.
- f) Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
- g) Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.
- h) Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.
- i) Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.
- j) Bagi kulit bayi yang putih/ bersih – amalkan makan buah epal dan minum susu. Selain meminum air soya.
Welcome to Mom and Baby World
Wednesday, 13 November 2013
MESTI BACA !!!! NAK AMALKAN KE X ?? TERPULANGLAH...HEHHEHEE.
Petua Memudahkan Bersalin.
Thursday, 7 November 2013
Petua Mengatasi Morning Sickness:
1. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Elakkan makan dengan banyak kerana akan membuat anda mual lalu muntah.
2. Makan makanan yang mengandungi karbohidrat untuk membantu mengatasi rasa mual. Antaranya seperti roti dan kentang.
3. Sewaktu bangun dari tidur terutamanya pada waktu pagi, jangan terus bangun secara tiba-tiba. Bangun perlahan-perlahan. Duduk terlebih dahulu untuk menstabilkan tubuh sebelum perlahan-perlahan bangun dan berdiri.
4. Hindari makanan yang berlemak, berminyak dan pedas kerana ia hanya akan memburukkan lagi gejala morning sickness anda.
5. Pastikan anda minum air yang banyak walaupun sering muntah. Minum air putih ataupun jus buah-buahan. Ini penting untuk memastikan tubuh mendapat air secukupnya. Hindari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kafein.
6. Jika anda mengalami mual dan muntah yang teruk hingga tidak boleh makan, berjumpalah dengan doktor. Ubat-ubatan seperti ubat tahan muntah dapat membantu anda.
7. Anda boleh cuba amalkan minuman halia. Ini kerana halia diakui secara tradisi membantu mengatasi rasa mual.
8. Kurangkan berada di hadapan komputer. Papan monitor boleh menyebabkan morning sickness anda semakin menjadi.
9. Makan buah epal kerana ia boleh menghilangkan rasa mual. Anda boleh juga minum jus epal yang ditambah dengan sedikit madu.
10. Pakai baju yang longgar dan tidak ketat bagi mengurangkan rasa mual.

Tanda Jantina Anak Anda!!
TANDA BAYI LELAKI:
1. Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.
2. Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit.
3. Anda rasakan beban berat pada bahagian depan tubuh.
4. Perut anda kelihatan bulat sempurna.
5. Bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi gelap.
6. Bentuk perut condong ke arah bawah.
7. Sukakan makanan yang masam dan masin.
8. Suka makan daging dan keju.
9. Tapak kaki selalu merasa sejuk.
10. Tangan selalu kekeringan.
11. Suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur.
12. Bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya.
TANDA BAYI PEREMPUAN:
1. Mengalami morning sickness di awal kehamilan.
2. Merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan pinggang.
3. Payudara kiri lebih besar berbanding kanan.
4. Rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya.
5. Bentuk perut condong ke arah atas.
6. Perut tampak agak lonjong.
7. Mengidam makanan yang manis.
8. Sukakan buah-buahan.
9. Suka minum air atau jus yang bersifat masam.
10. Anda jadi lebih cerewet semasa hamil.
11. Mudah moody berbanding sebelumnya.
12. Kulit wajah bermasalah berbanding sebelumnya.
13. Tidak suka makan roti bersama kulitnya.
14. Payudara kelihatan mengembang.
15. Suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur.

RAHSIA PEMAKANAN ANAK PINTAR
* 1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
* 2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
* 3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
* 4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
* 5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
* 6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
Diari Kehamilan
Dua minggu pertama dikira sebahagian daripada 40 minggu diari kehamilan walaupun kehadiran bayi belum dikesan.
28-hari kitaran haid, waktu yang paling baik bagi konsepsi ialah di antara 12-16 hari bermula dari hari pertama kitaran haid.
Minggu ke-4 kehamilan, anda mungkin mengalami rasa berat dan kebengkakan dalam payu dara.
Minggu ke-5, saat yang sesuai untuk mendapatkan ujian kehamilan. Mungkin anda masih belum terasa loya atau mabuk walaupun ujian kehamilan positif.
Minggu ke-6 kehamilan, ketika ini ramai wanita mengalami mabuk hamil. Uterus mula membesar dan menekan pundi kencing. Pada masa ini perubahan hormon dalam tubuh boleh menyebabkan anda rasa letih hingga minggu ke 7. Anda juga mungkin kurang selera disebabkan rasa loya.
Minggu ke-8 kehamilan, ibu akan mengalami keletihan justeru tubuhnya terpaksa bekerja keras menghadapi tumbesaran bayi. Terdapat juga discaj cair dari dinding faraj.
Minggu ke-9, garisan pada perut mula kelihatan. Justeru peranakan menekan uterus, ibu mengalami kencing yang kerap.
Kecenderungan keguguran juga terdapat di minggu ke 10. Pertambahan tingkat progesteron mungkin menyebabkan gusi berdarah. Ibu rasa letih dan pandangan juga mungkin mendapat kesan. Pada minggu ke 11, ibu akan bertambah berat badan antara 1 - 2 kg. Perubahan hormon boleh menyebabkan perubahan mood juga.
Pada minggu ke 12, rasa loya dan pening-pening mula mengendur bagi sesetengah wanita. Risiko keguguran juga kian berkurang.
Kemudian ibu akan ke trimester kedua. Pada minggu ke 13-16, ibu akan mulai menambah berat badan bila mana rasa loya dan mabuk semakin hilang.
Minggu ke 17 - 20, si ibu mungkin sudah bertambah berat sehingga 5 kg. Ini boleh dikesan dari selera makan si ibu. Jantung ibu juga perlu bekerja 40-50 peratus lebih kuat untuk menghadapi situasi kehamilan.
Pada waktu ini, semua orang yang melihat akan mengesahkan bahawa anda mengandung. Uterus terus-menerus membesar.
Bagi sesetangah ibu, ada yang mengalami hemoroid pada minggu ke 25. Ujian glukos juga akan dilakukan oleh klinik kesihatan atau doktor di mana si ibu melawat.
Sebaik saja ibu masuk ke trimester ketiga, tanda regang kelihatan jelas kerana uterus mengembang. Rasa tidak selesa pada pelvis juga dirasai pada minggu ke 30 ke atas. Ibu juga boleh mengesan kolostrum keluar dari kedua payu dara.
Semasa minggu ke 35, ibu sudah rasa sukar untuk mendapatkan posisi tidur yang selesa. Dan pada minggu ke 37, ibu mungkin sudah menambah berat badan kepada 11 atau 12 kg. Pemeriksaan pelvis akan dilakukan bagi memastikan progres dan kedudukan bayi.
Sesetengah wanita mungkin melahirkan anak awal dari yang dijangka, iaitu pada minggu ke 38. Rahim ibu biasanya akan kekal sama pada dua minggu terakhir. Krem betis dan sakit belakang, kalau dialami, akan berterusan. Bila tiba pada minggu ke 40, ibu semakin bersedia untuk melahirkan bayi.
Berapa Penambahan Berat Badan yang Normal selama Hamil?
Tinggi dan berat badan anda sebelum hamil, boleh jadi acuan untuk menentukan penambahan berat badan yang normal selama hamil. Indeks Masa Tubuh (Body Mass Indek/BMI) dari Doktor atau Bidan anda juga merupakan acuan yang baik.
Mungkin sulit untuk mendapatkan peningkatan berat badan yang bertahap selama hamil kerana tiap ibu berbeza. Tapi jangan khuatir, dengan pola makan yang seimbang dan senaman yang teratur, anda boleh mengawalnya.
Rumus BMI = BB / (TB x TB)
(BB = Berat Badan (dalam kg),TB = Tinggi Badan (dalam meter)
Jika Ibu berusia di bawah 20 tahun, sebaiknya penambahan berat badan selama kehamilan mencapai batas tertinggi sesuai dengan Indeks Massa Tubuh anda sebelum hamil.
Kenapa Berat Badan Bertambah?
Air yang anda minum bukan penyebab bertambahnya berat badan selama hamil. Pada trimester ke-1 atau kehamilan 1-3 bulan, biasanya berat badan menurun kerana mual dan muntah. Pada trisemester ke-2 dan selanjutnya nafsu makan anda semakin pulih dan meningkat.
Sebaiknya anda tetap berusaha mengkonsumsi makanan bergizi seimbang dengan bahan makanan yang bervariasi, sesuai keperluan saat hamil.
Dengan perkiraan kenaikan berat badan selama hamil rata-rata sekitar 12.5 kg, maka tubuh Ibu perlu tambahan energi sebanyak 70,000-80,000 Kal. Pertambahan kalori ini, terutama diperlukan pada 20 minggu terakhir masa kehamilan, yaitu ketika pertumbuhan janin berlangsung sangat pesat. Bila 80.000 Kal dibagi 40 minggu (280 hari), maka tambahan kalori yang Ibu perlukan adalah antara 285-300 Kalori per hari.
Berat Badan Turun?
Kelebihan berat badan selama hamil memang berisiko. Tapi mengalami penurunan berat badan saat hamil, juga berbahaya. Kerana itu bererti berat badan bayi Ibu juga berkurang dan bayi kekurangan gizi. Sudah tentu Ibu tidak ingin hal itu terjadi.
Jangan ragu menanyakan segala hal pada doktor termasuk bagaimana caranya memenuhi keperluan gizi selama hamil tapi berat badan tidak berlebihan.
Kalau Berat Badan Kurang Bagaimana?
Akan lebih baik bila anda tidak kelebihan atau kekurangan berat badan selama kehamilan.Jika berat anda kurang, lakukan program penambahan berat badan hingga cukup sehat untuk menjalani kehamilan. konsultasikan pada doktor untuk mencapai berat badan yang sesuai, supaya kehamilan anda sehat.
Timbang Berat Sebentar!
Penambahan berat badan ketika kehamilan adalah sesuatu yang perlu dirancang dengan
berhati-hati. Jumlah dan kadar penambahan berat badan secara amnya, bergantungkepada berat dan tinggi semasa anda.
Carta tersebut akan membantu anda merancang berat badan yang akan di ukur
penimbang berat anda:

Subscribe to:
Posts (Atom)