Thursday, 7 November 2013

Petua Mengatasi Morning Sickness:

1. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Elakkan makan dengan banyak kerana akan membuat anda mual lalu muntah.

2. Makan makanan yang mengandungi karbohidrat untuk membantu mengatasi rasa mual. Antaranya seperti roti dan kentang.

3. Sewaktu bangun dari tidur terutamanya pada waktu pagi, jangan terus bangun secara tiba-tiba. Bangun perlahan-perlahan. Duduk terlebih dahulu untuk menstabilkan tubuh sebelum perlahan-perlahan bangun dan berdiri.

4. Hindari makanan yang berlemak, berminyak dan pedas kerana ia hanya akan memburukkan lagi gejala morning sickness anda.

5. Pastikan anda minum air yang banyak walaupun sering muntah. Minum air putih ataupun jus buah-buahan. Ini penting untuk memastikan tubuh mendapat air secukupnya. Hindari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kafein.

6. Jika anda mengalami mual dan muntah yang teruk hingga tidak boleh makan, berjumpalah dengan doktor. Ubat-ubatan seperti ubat tahan muntah dapat membantu anda.

7. Anda boleh cuba amalkan minuman halia. Ini kerana halia diakui secara tradisi membantu mengatasi rasa mual.

8. Kurangkan berada di hadapan komputer. Papan monitor boleh menyebabkan morning sickness anda semakin menjadi.

9. Makan buah epal kerana ia boleh menghilangkan rasa mual. Anda boleh juga minum jus epal yang ditambah dengan sedikit madu.

10. Pakai baju yang longgar dan tidak ketat bagi mengurangkan rasa mual.

No comments:

Post a Comment