Sabda Rasulullah
s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana
sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal
dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas
pemikirannya.”Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan BersalinAdalah amat baik
sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini
akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga
dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya
memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi
gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah
risau kerana takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah
menjauhkan makanan manis2 yang lain.
Buah kurma tidak
merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.Kurma juga ada
banyak kelebihan, antaranya:
1.
Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid
dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
2.
Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
3.
Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat
peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan
potassium.
4.
Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka
puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara
tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
5.
Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan,
membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan
khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
6.
Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan
jantung.
7.
Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim
kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam
as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.
1. KURMA
Abu Abdillah a.s.
bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat
mensirnakan pengaruh sihir”.
Abu Abdillah a.s.
bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada
hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.
Imam Ja’far Ash-Shadiq
a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing
yang ada di perutnya akan mati”.
Nabi Muhammad SAW
bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya
kurang sihat”.Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita
yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan
anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.
2. KISMIS
Nabi Muhammad SAW
bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari
sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.
Imam Ali a.s. bersabda:
“Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada
jasadnya suatu yang tidak disenangi”.Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat
menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan
kesehatan jiwa”.
Pada riwayat lain dari
Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan
jiwa”.
Nabi Muhammad SAW
bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan
kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan,
membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.
3. MADU
Dari Imam Ja’far
Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Rasul saw sangat menyenangi madu”.Dari Imam
Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua
ubat yaitu meminum dan membaca Al-Quran”.
Nabi Muhammad SAW
bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat
Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.
Nabi Muhammad SAW
bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum
madu”.
Nabi Muhammad SAW
bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan
hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.
Dari Imam Ali a.s.
beliau bersabda: “Madu adalah ubat dari segala penyakit tiada penyakit di dalamnya,
ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.
Nabi Muhammad SAW
bersabda: “Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya
sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.
No comments:
Post a Comment